Logo
Munich Personal RePEc Archive

Penubuhan Jawatankuasa Syariah Bagi Institusi Perbankan Islam di Malaysia dan Isu Berkaitannya

Abdul Rahim, Mohamad Syafiqe (2013): Penubuhan Jawatankuasa Syariah Bagi Institusi Perbankan Islam di Malaysia dan Isu Berkaitannya.

[thumbnail of MPRA_paper_123101.pdf] PDF
MPRA_paper_123101.pdf

Download (437kB)

Abstract

Fungsi utama Jawatankuasa Syariah bagi perbankan Islam adalah untuk mengawasi dan memastikan segala operasi perbankan Islam tidak bercanggah dengan prinsip Syariah. Di Malaysia, terdapat dua peringkat Jawatankuasa Syariah iaitu di peringkat institusi perbankan Islam dan juga Majlis Penasihat Syariah (MPS) di peringkat Bank Negara Malaysia. Penulisan ini secara umum akan menjelaskan tentang penubuhan kedua-dua peringkat Jawatankuasa Syariah dan MPS tersebut termasuklah peruntukan perundangan berkaitannya. Seterusnya, penulisan ini akan menganalisis beberapa isu-isu berkaitan Jawatankuasa Syariah yang menjadi polemik sejak dulu sehingga kini. Penulisan ini akan menggunakan metode penyelidikan perpustaan dengan membuat rujukan terhadap artikel dan buku yang berkaitan termasuklah beberapa kes mahkamah terpilih. Hasil daripada analisis, didapati bahawa masih terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatian meskipun selepas beberapa pindaan dan pembaharuan telah dibuat kepada perundangan dan pengenalan kerangka tadbir urus Syariah yang baru oleh BNM.

Atom RSS 1.0 RSS 2.0

Contact us: mpra@ub.uni-muenchen.de

This repository has been built using EPrints software.

MPRA is a RePEc service hosted by Logo of the University Library LMU Munich.